From M.E to Malaysia


"Panas sangat kat sini. Telinga I menggelupas. Kulit muka pun dah macam kering. Bibir dah mula pecah-pecah. Dah bergelen-gelen air I minum tiap hari. Badan I rasa lesu. Petang tadi, I pi farmasi cari losyen dan lip gloss." pengaduan yang diluahkan dah menarik segaris senyum memarking di pinggir bibirku. Tak dapat membayangkan dia dengan losyen dan lip gloss. Namun tercetus juga rasa belas di hati mendengar apa yang diluahkan. Iyelah, sedangkan panas di sini pun adakalanya tak tertanggung dek tubuh kita, inikan pula di Middle East, lebih-lebih lagi sekarang ni musim summer. Panasnya dah sah-sah berganda-ganda. "Erm kalau dah camtu panasnya, bawaklah payung bila keluar untuk lindung diri. Kalau dapat cari barli di sana, rebus than minum airnya. Barli boleh menyejukkan kepanasan dalam tubuh. Kalau ada gula batu lagi bagus. Rebus sekali. Jangan terus mandi bila balik dari luar rumah. Biar badan sejuk dulu. Takut nanti panas masuk ke dalam. Lagi susah. Dah lah you sorang-sorang di sana. Apa-apa jadi payah pulak nanti." Seungkap nasihat ku berikan dengan ikhlas. Faham dengan apa yang dirasanya tika ini. Berada sendirian di negara asing pasti membuatkan dirinya digelangi keperbagaian rasa. Dia sekadar membisu. Tidak dapat ku canai apa yang ada di mindanya tika itu. Menyesalkah dia... erm rasanya tidak kerana dia bukanlah seorang yang mudah mengalah dengan cabaran dan tidak pernah menyesal dengan keputusan yang telah di ambilnya. "So, bagaimana suasana di tempat kerja baru?" tanyaku bila situasi beku bagai menyelubungi kami. "Semuanya okey. Boss I baik. Rakan sekerja pun berbagai bangsa. Teringat waktu I belajar di UIA dulu. Tadi I masak. I buat sayur campur, telur dadar dan sambal ikan tuna. Rasa dah muak asyik pekena briyani jer. Malam ni I nak makan nasi putih. Lepas ni I nak iron baju untuk ke office esok. Nak buat macamanakan. Kenalah berdikari bila dah duduk sendiri." Ceritanya lagi. Aku dah sengih. Dapat bayangkan bagaimana kelam-kabutnya dia dengan segala tugasan yang baru disampaikan. Tapi aku bangga justeru dia tetap berusaha. "Apa citer you sekarang? Tak nak update I expecially pasal penulisan you?" tanyanya penuh keterujaan. "Menghitung hari jam dan detik..." kami sama-sama gelak. Aku yakin dia faham dengan apa yang aku maksudkan. "I suka apa yang you hantar hari tu, like it so much. Very catchy. Janji dengan I you tak akan berhenti menulis and will continue with ur good effort. I nak buku you berada di setiap pesta buku dan bukan sekadar pesta buku but more than that. Remember, we define our own destiny. Remember again, no one will change our life except our ownself... we are the prople who make good changes to ourselves n society...we are the one and we are the best. Always have that belief in yourself. It's not meant to be arrogant coz you are not going to declare it to others, it's meant to motivate ourselves. Macam I ni lagi la, tempat baru, culture baru, serba serbi baru. Being alone here, tak de sapa nak support I emotionally by talking face to face, but i know i can go thru this adaptation process coz i believe in myself. Though kekadang terasa gabra sangat but I believe I can fly and everybody should believe that they can fly n touch the sky. I nak you ingat tu," seperti lazim panjang berjela motivasi yang dihulurkannya. Dia masih belum berubah dan aku berdoa Middle East tak akan mengubah dan mengambil dirinya. "InsyaAllah, Iakan ingat pesan you tu dan insyaAllah I tetap akan terus menulis selagi allah izinkan dan memberi ilham pada I. Apa-apa I akan update you key," tanpa sedar aku sudah menyimpul janji. Janji yang entah mampu entah tidak aku tunaikan. "Esok I keja, banyak lagi benda I kena buat such as converting my driving licence, opening bank account, preparing residence permit bla bla bla etc... Belum settle down in full but the progress is there. Hope i can get thru all these smoothly. Mir, I ngantuklah. I nak lelap sat. You take a very gook care key. Jaga kesihatan. Will chat with you next time yer," pintanya mengundur diri. Aku terdiam tapi akur jarak kami bukannya dekat. Pasti cuaca di sana memberi impak yang bukan sedikit buatnya dan tentu dia cepat letih. "You take care too. Jaga diri, jaga perilaku, jangan nakal-nakal. Nanti allah tak sayang dan hidup baik-baik. Assallamualaikum." Ya Tuhanku... pelihara dan lindungilah diri hamba-Mu itu dari segala kesukaran. Permudahkan urusannya Ya Allah

Dah ok ke?

Mood aku tak tahulah tah ke mana perginya. Nak kata out-station, erm pi station manalah pulak. Tak kan station minyak kut... atau station ketapi... atau station bas... station kapalterbang... isy... tahlah. sukasuki hatiparu jer pi memana tinggalkan jasad aku sendiri. Tapi rasa cam dah balik jer baru kejap tadi bila aku buka mailbox ada yang menanti di situ. Perutusan dari jauh... erm memacam cerita yang ada... dari jawapan pada pengaduan@luahan rasa yang aku titipkan beberapa hari lalu sampaikan motivasi versi baru. Melebar juga senyum aku bila baca kisah yang dipaparkan. Cerita yang dikongsi bersama lebih-lebih lagi bab losyen... nak buat aku gelak gaban rollercoster je kat sini. Erm... sejak bila belajar pakai losyen... hahahahaha lawak... lawak...

TaG lagi

Dah lama aku tak update istana maya aku ni. Dah bersawang sana sini pun... tahlah... malam dapat pulak message suruh aku ke weblog dia kerana ada sesuatu yang menanti. Erm dah betullahtu... kenalah aku sewa kren nak angkut benda alah ni... Terima kasih Suzry... Now, giliran aku pulak untuk buat seperti mana yang disuruh.



Syarat-syarat untuk terima arward ini


1. Sila copypast arward ni di blog anda.
Erm dah buat dah pun.

2. Sila copy paste award ini di side bar blog anda
Erm nantilah aku buat sebab sekarang mood menjuman tah ke mana

3. Pass award ni pada 5 teman anda

i. Aryati - si concern tentang apa yang aku buat
ii. Umiamer - teman sehari berdansa aku setiap hari Rabu
iii. Umairah - Penulis comel yg tak berapa sihat. Harap dia cepat semakin sihat dengan hadiah ni
iv. Ebriza - Kak Ngah yang semakin menyepi dan tak ada berita
v. Kak Mimie Afinie - Lama tak dengar khabar kakak sorang ni

Award lagi...

Kali ini aku dapat award yang rasanya lain dari yang diberikan sebelum ni. It's come from sumbody yang aku kenal, yang mengikuti perkembangan blog dan kerjaya sampingan yang aku lakukan. Kerjaya sampingan.... ha! muka blur tu pekehalah pulak. Apa lagilah kerjaya sampingan yang aku boleh buat selain dari menulis. Kalau tengok bebetul kat award ni aku rasa ngeri pun ada... siap ada saka penjaga lagi... tapi yang lebih mengerikan aku adalah words yang tertera di hadapannya. Best Fiction Writer ke aku ni?? Apapun thanks to pemberinya. It's come from Aryati@artie. Bunches of thanks babe. http://aryatiabdulrahim2.blogspot.com



And this is ur SAKA biodata
Nama sapa: Daniel Honney
Nama manja: Madu
Umur:
1 tahun 6 bulan 3 hari

p/s : SaKa korang tu muslim ok...
duty roster deorang jaga AWaRd korang jek...heeeeeeee....PEACE!

Dia Kembali



Transformers 2 dah kembali lagi, gegar dan sesak semua panggung... tiket sold out... itu maklumat yang aku terima. Wow!!!. Tengok dari promonya di kaca TV, cam best jer… Ha, ha…! Gaya aci cam nak pergi jer... kalau ikut rasa erm memang cam nak pergi, tapi kata hati pulak erm entah. Tak pasti atau lebih tepat tak tahu. Tak nak nak pergi sorang kut... gilozzz. Idaknya penah aku buat kerja canggitu sepanjang hayat di kandung badan ni. Paling cikaipun aku pergi berdua. Ha! Ada yang tersengeh tu kenapa... otak dah mereng ke mana? Apapun teringat kata-kata seorang teman pada satu hari sewaktu memperkatakan tentang citer ni. Aku dan Transfomers, sesungguhnya ada kenangan yang terselit di antaranya. Hahahaha… Lawak gilozzzz… BTW tang mana aku diselitkan diantara robot-robot yang boleh bertukar-tukar itu??? Optimus Prime, Bumblebee, Ironhide atau Starscream. Ironinya aku okey je letak di mana pun sebab kesemua robot-robot ni smart

Bila baca synopsis movie ni rasa nak je pi tengok kat panggung walau hakikatnya boleh jer layan DVD di rumah, tapi sound effectnya yang gempaq tu yang buat ia berbeza. Jom layan:


The battle for Earth has ended but the battle for the universe has just begun. After returning to Cybertron, Starscream assumes command of the Decepticons, and has decided to return to Earth with force. The Autobots believing that peace was possible finds out that Megatron's dead body has been stolen from the US Military by Skorpinox and revives him using his own spark. Now Megatron is back seeking revenge and with Starscream and more Decepticon reinforcements on the way, the Autobots with reinforcements of their own, may have more to deal with then meets the eye.

Tag 3

Kena tag lagi. Kali ini oleh Rehal Nurharis seorang novelist yang berpontensi untuk menuruti jejak kakaknya, novelist yang sudah dikenali ramai. Nak tahu siapa... risiklah sendiri. Kalau semua aku sogok dan suap, bila masanya pulak korang nak belajar kenal apa erti USAHA kan... Aku nak ucapkan syukran jazillah padanya atas ingatan terhadap diriku ini. Aku masih ada di sini walau bagai lenyap seketika di maya tanpa berita.


Well! tag kali ni rasanya cam senang jer... tak pening kepala sangat untuk jawab.

Sebutkan siapa pemberi anugerah ini dan sertakan pautan pemberi anugerah ini

Key nama sebenarnya aku kurang periksa dan lupa nak tanya sebab dia lebih dikenali dengan nama Rehal Nurharis. Macam yang aku mention diawal tadi, seorang novelist yang berpontensi besar untuk mengikut jejak si kakak yang dah berjaya menempatkan nama di pesada penulisan tanahair.

Kalau senang, korang pi lah jalan ke blog dia... ha ni addressnya: http://nuharisteam.blogspot.com - Happening wa cakap sama lu...

Beri anugerah ini kepada 5 orang sahabat.

Kali ni aku nak bagi pada member-member aku pulak. Tak kira, korang kena dan wajib untuk menjawabnya.

1) Umi Ameer - Aku tak mahu dia tension-tension dengan suasana office dan tugasan

2) Artie - Peka dengan perkembangan di blog aku [samada aku update atau tak]

3) Suzry - sebagai balasan untuk TaG pertama yang aku terima

4) Mersik@Pokcik - Orang tua yang walau sebenarnya taklah setua mana. Penulis Dol Leman

5) Shahira@Adik sayang - Sebelum dia mengholidaykan diri, aku nak dia terima tag aku dulu

Ziarahi blog mereka untuk jadi penyampai berita akan anugerah yang mereka terima. Hahaha, kenalah pi ziarah tiap blog... dan si penerima seterusnya perlu gak war-war pada siapa yang mereka nak bagi. Kalau tak camne si penerima nak tahu kan atau kalau tak nak pi ziarah, telefon atau sms aje... dunia dah canggihkan... teknologi dah up to date. Jadi pilihlah mana suka... Well Rehal! Kak Pu3 dah lakukan apa yang perlu... Thanks to you dear... ;-)

Santapanku...

Tengahari tadi aku cabut lunch agak awal dari biasa. 12.30 aku dah chow... malas sebenarnya dan lapar sesungguhnya. Pagi tadi aku breakfast dengan chocolatechips yang aku bawak dari rumah. Semung koko suam seperti biasa dan biskut yang memang jadi pelengkap stok peribadiku di office ni. Jadi bila Sue ajak pi makan awal, aku pun on jer walau kerja ada untuk dibuat but not urgently. So dengan penuh kenikmatan aku layan nasi putih, sambal tempe + tauhu, ikan bakar dan most important sambal kicap dilengkapi segelas air limau. Peh... memang layanz gilozzzzz...